Peribahasa


  Maksud peribahasa ialah susunan kata pendek dengan makna yang luas,mengandungi kebenaran sedap didengari,bijak perkataannya, dan senang difahami.


 Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan seharian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan.


 Peribahasa moden pula merujuk kepada yang dicipta selepas tarikh kemerdekaan.Peribahasa merupakan sebahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu.


JENIS PERIBAHASA



  •  Simpulan bahasa

Kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan yang membawa maksud tertentu.Simpulan bahasa didapati daripada apa yang tersirat atau tersembunyi bukan daripada yang tersurat atau nyata.Ringkasnya, erti simpulan bahasa berlainan daripada perkataan yang digunakan.


CONTOH :


1.Akal kancil > Orang yang cerdik dan pandai menipu







2.Besar kepala > Degil ; Sukar menerima pandangan                                   orang lain








3.Bertikam lidah > Bertengkar ; Berdebat









4.Campur tangan > Turut serta atau mencampuri urusan                                 orang lain








5.Ajak-ajak ayam > Tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa orang





  • Perumpamaan


Perbandingan kelakuan atau keadaan manusia dengan sesuatu yang ada di alam sekitarnya.Dari bentuk bahasanya perumpamaan berasal dari kata per-umpama-an.Kata dasarnya adalah /umpama/ atau yang bersinonim dengan /seperti/.Ciri-ciri perumpamaan diawali dengan kata seperti,bagai,atau bak.



CONTOH :



1.Bagai aur dengan tebing > Hidup saling membantu









2.Seperti anjing dengan kucing > Adik-beradik yang suka bergaduh                         







3.Seperti langit dengan bumi > Perbezaan yang amat ketara         









4.Bagai air di atas daun talas > Orang yang tidak tetap hati atau bingung dan mudah terumbang-ambing keadaan                                                  







5. Ada gula ada semut > Tempat yang menjadi tumpuan kerana ada sesuatu yang menarik                                        





  • Kata-kata hikmat

Kata-kata hikmat merupakan ungkapan yang mempunyai makna dan dapat memberi pengajaran,teladan,kesedaran, dan peringatan kepada kita. Lazimnya , kata-kata hikmat adalah ringkas tetapi mempunyai  pengertian yang mendalam dan dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seharian


CONTOH :



1.Hilang bahasa lenyaplah bangsa > Sesuatu bangsa dianggap sudah tiada jika bahasanya sudah tidak ditutur                                                                  





2.Masa itu emas > Masa adalah sangat berharga











3.Ilmu pelita hidup > Ilmu pengetahuan dapat memberi petunjuk dan panduan kepada kehidupan manusia                                      






4.Membaca jambatan ilmu > Ilmu pengetahuan itu ditingkatkan melalui pembacaan                                                  







5.Kata-kata lebih tajam daripada mata pedang > Kata-kata yang pedas dapat menyinggung dan menghiris perasaan seseorang


 

  • Bidalan

Bidalan ialah susunan kata-kata yang telah digunakan dalam masyarakat Melayu. Di dalam bidalan terkandung perbandingan,teladan dan pengajaran.



CONTOH :




1.Biar genting jangan putus >Biar rugi sedikit jangan rugi banyak


2.Biar putih tulang jangan putih mata > Sanggup mati daripada menyerah kalah








3.Daripada cempedak baiklah nangka > Lebih baik ada daripada tiada langsung








4.Adat periuk berkerak adat lesung berdedak > Jika ingin hidup mewah mestilah berusaha 







5.Air yang tenang jangan disangka tiada buaya > Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut 







  • Pepatah



Pepatah ialah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai ringkasan perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah.



CONTOH :


1.Gajah sama gajah berjuang,pelanduk mati di tengah-tengah > Orang besar-besar berselisih,rakyat yang menderita






2.Ditelan mati emak,diluah mati bapa > Sukar untuk membuat pilihan kerana kedua-duanya sama penting






3.Orang haus diberi air,orang lapar diberi nasi > Mendapat sesuatu yang diingini






4.Harapkan pagar,pagar makan padi > Percaya kepada orang yang mengkhianati kita







5.Buang yang keruh,ambil yang jernih > Buang yang jahat ambil yang baik                                                                  






Ulasan